Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Fri Nov 22 2024
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Fri Nov 08 2024
Trend kewangan yang boleh menjejaskan poket rakyat
Segmen ini membincangkan laporan terkini dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang mendedahkan bahawa 53,000 individu bawah 30 tahun di Malaysia kini dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, turut menyatakan bahawa 28% daripada golongan dewasa yang bekerja telah meminjam wang untuk membeli barangan keperluan. Selain itu, Kementerian Kewangan melaporkan peningkatan hutang isi rumah kepada RM1.57 trilion sehingga Jun 2024. Apakah faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini dan bagaimana ia mempengaruhi ekonomi negara? Tonton video ini untuk analisis mendalam dan pandangan pakar kewangan, Faiz Iskandar.
Thu Nov 07 2024
Dialog Poket Rakyat: Belanjawan 2025 | Menaikkan lantai, impak gaji minimum
Sejauh mana peningkatan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 dapat memberi kehidupan selesa, meningkatkan produktiviti sekaligus memacu ekonomi negara? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 8.30 malam ini.
Fri Oct 25 2024
Agenda AWANI: Belanjawan 2025 – Tebalkan Poket Rakyat
Menjelang pembentangan #Belanjawan 2025, apa jangkaan untuk inisiatif mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan pendapatan rakyat dan memperkasa PKS dalam ekonomi digital? Diskusi 8.30 malam
Mon Oct 14 2024
Dialog Poket Rakyat: Belanjawan 2025: Gaji premium graduan TVET
Sejauh mana manfaat dan impak pembangunan bakat kemahiran, pensijilan professional, kerjasama industri dan institusi TVET awam dalam melahirkan graduan TVET berpendapatan premium? Apakah yang akan bakal menjadi fokus Belanjawan 2025 dalam memperkasa TVET untuk meneraju industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV)? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 8:30 malam ini.
Fri Oct 11 2024
Dialog Tiga Penjuru: Subsidi Bersasar: Nak murah atau nak jimat?
Mesej utama tujuan pelaksanaan rasionalisasi subsidi, adakah masyarakat faham sejelas-jelasnya?
Naik turun harga barang impak penyasaran subsidi, apa mekanisme jamin kesejahteraan poket rakyat?
Ke arah pembangunan negara tanpa subsidi, adakah kita sudah bersedia?
Naik turun harga barang impak penyasaran subsidi, apa mekanisme jamin kesejahteraan poket rakyat?
Ke arah pembangunan negara tanpa subsidi, adakah kita sudah bersedia?
Thu Jun 20 2024
PADU: Yakinkan pengguna, data selamat dan tidak diseleweng - Presiden CAKE
Kerajaan perlu meyakinkan pengguna mengenai keselamatan data yang dikongsikan melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk tingkatkan kadar pendaftaran.
Fri Jan 05 2024
PADU: Fikirkan nasib penduduk pedalaman Sabah, sukar mendaftar - Penganalisis
Kerajaan perlu memudahcara penduduk di pedalaman Sabah untuk mendaftar ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Fri Jan 05 2024
Perkenalkan silibus TVET lebih fleksibel, singkat - Pensyarah Kanan UPSI
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) perlu memperkenalkan silibus pensijilan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang lebih fleksibel.
Fri Dec 22 2023
Kerajaan perlu libatkan semua lapisan masyarakat tangani isu kekurangan tenaga kerja mahir - Pakar
Kurangnya penglibatan golongan muda dalam mengisi tenaga kerja mahir adalah salah satu kelompangan yang perlu dilihat secara serius.
Sat Sep 16 2023
Murid miskin perlu kepada kaedah pembelajaran tersendiri - CEO Arba Foundation
Murid miskin berdepan cabaran unik seperti tekanan kronik dan kurang nutrisi yang menghalang mereka bersaing secara sihat.
Sat Aug 19 2023
Perbaiki kembali model FELDA dalam usaha basmi kemiskinan - Pakar ekonomi
Kerajaan perlu memperbaiki kembali model FELDA sebagai langkah untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia.
Fri Aug 18 2023
Dialog Tiga Penjuru: Ringgit tenat, apa ‘ubat’nya?
Prestasi turun naik nilai mata wang ringgit, apa yang paling membimbangkan? Sejauh mana ia beri kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan poket rakyat? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.
Thu Jul 06 2023
Subsidi tidak memulihkan ekonomi, sekadar pastikan kumpulan rentan terbela - FOMCA
Subsidi bukan bertujuan untuk memulihkan ekonomi sebaliknya untuk memastikan golongan rentan dapat menikmati kualiti hidup minima.
Fri Jun 30 2023